BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera




Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi bersama limpah kurniaNya, bertemu lagi kita dgn bulan yang lebih menguji iman dan ketaatan kita sebagai hambaNya kpd tuhan yg SATU iaitu Allah s.w.t.
Sesungguhnya inilah waktu kita merendahkan diri, menadah tangan pd Ilahi dgn penuh rasa syukur kerana telah diberi peluang sekali lagi untuk muhasabah diri di samping melaksanakan kewajiban ke atas kita sebagai hambaNya.
Semoga Ramadhan kali ini, kita lebih diberkati dan berpeluang menambah dan melipatgandakan amalan serta pahala dgn sebaik mungkin. Sesungguhnya Allah tdk pernah mensia-siakan hambaNya yang tdk pernah penat dlm melakukan amalan untukNya.
Tanggal 1 Ramadhan 1432H jatuh pada hari Isnin bersamaan 1 Ogos 2011. Berakhir Ramadhan, maka kita akan menyambut Syawal yang akan diraikan bersama dgn Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-54. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
*Baru jepp nak mule puase oii~ hee ;p


Niat Puasa
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَ




Dari Abu Sa'id Al-Khudry, bahawa Rasulullah shalallahi alaihi wassalam bersabda,"Tidaklah seorang hamba yang puasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (karena puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim" (HR Bukhari & HR Muslim)
 
 
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah penawarnya.
Jika sepanjang UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBATlah Ubatnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHANlah pemutihnya.
Selamat menunaikan ibadah puasa rakan2 blogger! ;)








Saturday, July 2, 2011

Nard Bertunanggg!

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat tengahari

Allahamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi.
Akhirnya NARD yang memulakan acara berpasangan dalam batch spm 2005 smkas .
Tahniah juga menjadi yang pertama bertunang dlm D' CLOCK .



Haa . d clock ni geng waktu sekolah dulu .
Kami sume ade 12 org 1 group . Tu jadi name d' clock .
Tang nakal tayah cite la .
Ape pun mmg menjadi sejarah n memori bes !
Teng d clock .  Besfwen 4 eva ! ;)
Muaahhhhh!